Sunday, June 13, 2010

Tiada tempat di Malaysia




Hentikan segera kapal Israel,
jangan benarkan kapal-kapal kargo Israel memasuki serta berlabuh di
pelabuhan negara yang berdaulat ini. Halau kapal kargo Israel di Pelabuhan Klang. Hubungan dagang Malaysia-Israel adalah tidak perlu sama sekali.
Kehadiran mereka ke sini ada "udang di sebalik batu"


Gold Star Line Ltd. merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company telah menyenaraikan beberapa pelabuhan di negara ini termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara di Penang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan perdagangan.Jadi kenapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki negara kita walaupun hanya untuk menghantar buah epal dan oren ke nagara lain.


Sebanyak 6 kapal Israel telah singgah di Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei hingga 7 Jun lalu, antaranya ialah Zim Monaco, Zim USA, Zim Kingston dan Zim Lovomo. Rakyat kita yang belum masuk perairan mereka pun telah ditahan dan dipenjarakan, mengapa pula kita perlu memberi muka dengan membenarkan kapal-kapal mereka berlabuh di negara ini.


Usaha perlu dilakukan supaya sebuah kapal Israel yang dijadualkan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 20 Jun ini di tegah daripada berbuat
demikian.Kita perlu menjadikan ini sebagai satu senjata mengajar Israel
iaitu dengan membatalkan serta-merta kebenaran ini. Tak perlu takut
kepada mereka.

No comments:

Post a Comment