Monday, December 27, 2010

ADAP KEPADA PIMPINAN (MENCONTOHI HUDAIBIYAH)





Peristiwa Hidaibiyah memperlihatkan bagaimana adap para sahabatdengan kepimpinan Rasul SAW.Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan keputusan yang telah diputuskan oleh pimpinan hingga menjadikan perasaan kita membuak-buak, seharusnya kita beradap dalam menyampaikan sikap pandangan kita. Namun saya melihat ada kalangan kita umat Melayu Islam hari ini begitu lantang menyuarakan pandangan dengan cara memaki hamun, membenci dan memfitnah kepimpinan. Apakah ini yang diajar dan dididik oleh agama dan adap resam bangsa kita yang masyhur dengan kesopanan dan kehalusan berbicara. Sekiranya kita umat Melayu Islam cuai dalam memelihara adap terhadap para pemimpin, nescaya akan timbul sikap berani kepada mereka yang bukan beragama Islam terhadap para pemimpin Islam.

Kita lihat apa yang terjadi bilamana Pengerusi Hindraf dengan nada yang kurang sopan mempersoalkan titah Sultan Johor berkait dengan kuasa raja dan keistimewaan orang Melayu. Ini juga adalah bicara individu yang kurang cermat dan tidak berpaksikan kepada fakta yang telah dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu. Kekuasaaan raja dan keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub secara jelas sebenarnya semakin terhakis dengan kelunakan dan kelembutan tidak bertempat kita bangsa Melayu melayani sahabat-sahabat kita yang berlainan bangsa dalam negara ini.

Namun, sejak mutakhir ini mengapa bangsa lain berani mempertikaikan hal-hal yang sudah termaktub dan dimuat turun sebagai perlembagaan negara? Adakah ini kerana mereka sudah pun melihat umat Melayu Islam sendiri dewasa ini sudah tiada adapnya dengan raja dan pemimpin mereka. Umat Melayu Islam dalam negara perlu bersama-sama menghormati dan menyanjung tinggi institusi raja kerana ia bukan sahaja payung yang menaungi orang Melayu semata-mata, tetapi agama Islam dam masyarakat Malaysia keseluruhannya. Umat Melayu Islam di bumi Malaysia tercinta ini perlu bersatu dalam menangkis sebarang usaha pihak tertentu yang ingin menangguk air keruh untuk meruntuhkan institusi ini kerana saya berpandangan bahawa institusi raja amat penting untuk memelihara kepentingan Islan dan bangsa Melayu.


No comments:

Post a Comment