Friday, December 31, 2010

Bencana Berganda Indonesia


Terdapat 129 Gunung berapi yang aktif bertaburan merentasi 17,500 buah pulau di Indonesia. Gunung Merapi setinggi 2,914 m yang terlatak 400 kilometer di Timur Jakarta, adalah gunung berapi yang paling aktif daripada 69 gunung berapi yang mempunyai sejarah letusan di Indonesia.

Semua gunung ini mudah meletus serta dilanda gempa bumi kerana lokasinya yang terletak di dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik. Letusan terakhir Gunung Merapi pada Jun 2006 mengorbankan dua orang namun letupan paling banyak meragut nyawa berlaku pada 1930 dengan angka kematian melebihi 1,300 orang.

Selain Gunung Merapi, Indonesia juga mungkin menghadapi ancaman kemungkinan meledaknya beberapa gunung berapi lain seperti Sinabung di Pulau Sumatera dan anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda.

Gunung Sinabung telah meletus beberapa kali iaitu pada 29 Ogos, 3 September dan 7 September lepas telah meletus mengakibatkan seorang lelaki warga emas terkorban akibat sesak nafas terhidu debu beracun.

Selain itu Gunung Anak Krakatau yang terkenal kerana keunikannya kerana muncul dari dasar laut selepas kira-kira 40 tahun Gunung Krakatau meledak telah mula aktif mengeluarkan asap.

Mengimbau kembali letupan Krakatau pada 1883, dikatakan limpahan lavanya telah mengorbankan 36,000 nyawa selain menyebabkan Tsunami. Bunyi letupan saja kedengaran sehingga ke Pulau Rodrigues di Afrika iaitu sejauh 4,653km.

Kini selepas hampir 130 tahun kejadian itu berlaku, Anak Krakatau mencapai sekitar 230m dari aras laut. Sementara Gunung Krakatau sebelumnya setinggi 813m dari permukaan laut.Ahli geologi meramalkan ia bakal meletup pada tahun 2015 hingga 2083.

Melihat kepada apa yang berlaku di negara jiran kita adalah sesuatu yang menyayat hati melihat penderitaan dan kesengsaraan berterusan mereka yang serumpun. Lebih membanggakan Malaysia adalah antara negara pertama menghulurkan bantuan. Nyata sifat kemanusiaan dan kesedaran tentang semangat serumpun yang ditunjukkan negara ini melebihi sifat keji yang dilemparkan mereka yang cuba merungkainkeistimewaan kedua-dua negara ini.

No comments:

Post a Comment